Kisah anak-anak Adam adalah cerita filem
Indonesia mengenai
Nabi Adam A.S., isterinya dan anak-anak pertama mereka. Seperti dituliskan dalam
Al-Qur'an, ia menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi oleh
Allah S.W.T. dan syaitan yang membantah perintah
Allah untuk menerima ciptaan
Nabi Adam dan disingkirkan dari Syurga dan Syaitan berjanji untuk membinasakan golongan manusia). Bezanya dengan Kitab
Bible,
Nabi Adam dan
Siti Hawa tidak disumpah oleh
Tuhan. Tambahannya lagi, mereka dan keturunan mereka tidak menanggung dosa (iaitu golongan manusia) kerana perbuatan memakan
buah kalbu (buah ilmu) larangan Tuhan di
Syurga kerana bisikan
Syaitan yang berhati busuk. Dalam
Islam, Adam dan Hawa dimaafkan oleh
Allah sebelum mereka berpisah apabila seorang malaikat membawa mereka ke muka bumi. Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (
Labuda dan
Ikrima) dan kembar lelaki (
Habil dan
Qabil).
Qabil sangat dengki terhadap
Habil apabila korban kambing biri-birinya diterima, dan pada sebaliknya, kambing biri-biri
Qabil tidak diterima. Tambahan lagi,
Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil,
Ikrima, yang cantik.
Qabil juga turut menyintai
Ikrima.
Syaitan membisik kepada
Qabil bagaimana caranya untuk membunuh
Habil.
Qabil mengangkat batu berat dan menyampaknya ke arah
kepala Habil.
Habil akhirnya meninggal dunia dengan akibat itu, dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.
Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang
kejam. Beliau sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelakinya yang telah dibunuh. Beliau melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati ditewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan
menanam burung yang sudah mati itu.
Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara
menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa
alaf.